Thursday, 5 December 2013

Jenis-Jenis Tren dalam Kereta Api Tanah Melayu Berhad.

Berdasarkan apa yang penulis rujuk pada Jadual Waktu Kerja Kereta Api Tanah Melayu Berkuat Kuasa Mulai 1hb September 1982, KTM turut mengklasifikasikan semua kereta apinya mengikut kelas. Setiap kelas pasti ada nombor siri, had laju maksima, keutamaan untuk diberi jalan bebas (line clear) dan bekalan breknya yang tersendiri. Keadaan ini dapat menjamin keselamatan tren seterusnya meningkatkan kepuasan pada diri penumpang dan pelanggan.

Bak sebuah ungkapan ahli lipan besi, "Kepuasan Para Pelanggan Kereta Api ialah Tiba Tepat pada Waktunya. Namun Kepuasan Hakiki Para Pelanggan ialah Tiba dengan Selamat Sejahtera". Lebih kurang begitulah bunyinya.

Berikut ialah Kelas Tren-Tren dalam Rangkaian Kereta Api Tanah Melayu mulai 1hb September 1982 dengan perincian mengenai kelas-kelas tersebut :->

A = Tren Ekspres. Had Laju Maksimumnya ialah 80 Kilometer Satu Jam (50 Batu Satu Jam). Dan Tren Ekspres MESTI dilarikan terlebih dahulu berbanding tren-tren lain (kecuali jika ada kecemasan, tren-tren penyelamat seperti Tren Gendala (Breakdown and Rescue Train) mesti diberi keutamaan terlebih dahulu). 
B = Tren Penumpang Biasa, Tren Tempatan, Tren Mel, Relbas, Komuter, Tren Pengantara, dan sebagainya. Had Laju Maksimumnya ialah 72 Kilometer Satu Jam (45 Batu Satu Jam).
C = Tren Barang yang mengandungi ciri-ciri khas. Ana lupa, tapi akan ana rujuk semula dan akan ana sampaikan pada entri akan datang. Apa yang pasti, hanya gerabak-gerabak barang khusus seperti BMV sahaja yang boleh digolongkan sebagai Kelas C. Had Laju Maksimumnya 64 Kilometer Satu Jam (40 Batu Satu Jam).
D = Tren-Tren Campur Penumpang dan Barang, Tren-Tren Blok/Liner/Unit Barang-Barang (Freight Trainload, Unit Train, Liner Train, Block Train Service), Tren-Tren Barang Bercampur-Campur Terus-Menerus (Mixed Through-Running Freighter) dan Tren Lansir Barang-Barang. Had Laju Maksimum bagi semua tren sebegini ialah 56 Kilometer Satu Jam (35 Batu Satu Jam).
E = Tren-Tren Kejuruteraan seperti Tren Balas, Rel Kimpal, Kayu Landas, Tren Gendala, dan sebagainya serta Tren-Tren Lain yang tidak ada dalam mana-mana kategori di atas. Had laju bagi kesemua tren ini ialah 40 Kilometer Satu Jam bersamaan 25 Batu Satu Jam.

Berikut ialah nombor-nombor siri bagi semua lipan besi Kereta Api Tanah Melayu mulai 1hb November 1982 :->

A = 1 - 49.
B = 50 - 99.
C = 200 - 299.
D (Campur) = 300 - 399.
D (Tren Blok) = 400 - 499.
D (Terus-Menerus) = 500 - 599.
D (Lansiran) = 600 - 799.
Penumpang Khas lagi Istimewa = 1000 - 1999.
Barang-Barang = 2000 - 2999 (sampai tahun 1995 sebelum bertukar kepada 3000 - 3999 dan 2000 - 2999 Komuter yakni EMU Kelas 8 atau Set-Tiga-Kereta (3CS or Three-Car-Set) guna).
Tren Kejuruteraan = 5000 - 5999.

Contoh nombor tren-tren mengikut kelas :->

A = 1 Turun/2 Naik (Ekspres Rakyat); 7 Turun/8 Naik (Ekspres Langkawi); 3 Turun/4 Naik (Ekspres Sinaran Utara Pagi/Petang); 5 Turun/6 Naik (Ekspres Sinaran Selatan Pagi/Petang); 14 Naik/15 Turun (Ekspres Timuran), 9 Turun/10 Naik (Senandung Malam Utara); 11 Turun/12 Naik (Senandung Malam Selatan).
B = 51 Turun/52 Naik (Ekonomi Siang ke/dari Butterworth), 53 Turun/54 Naik (Ekonomi Malam ke/dari Butterworth); 57 Turun/58 Naik (Ekonomi Siang ke/dari Tanjung Pagar); 59 Turun/60 Naik (Ekonomi Malam ke/dari Tanjung Pagar/Tumpat); 91 Turun/92 Naik (Sumpitan Emas); 81 Turun/82 Naik (Sumpitan Emas di antara Tumpat - Gemas - Tumpat).
C (Campur) = 371 Turun/372 Naik/373 Turun/374 Naik/375 Turun/376 Naik (Tapah Road - Teluk Intan - Tapah Road); 350 Naik/351 Turun (Kuala Lipis - Kuala Krai - Kuala Lipis).
D (Tren Blok) = 401 Turun/402 Naik/403 Turun/404 Naik/405 Turun/406 Naik (Tasek Cement Corporation Berhad (4698-W) Tasek - Pudu Hulu - Tasek); 409 Turun/410 Naik (Standard Oil Malaysia Berhad (ESSO Malaysia Berhad/ESSO), Royal Dutch SHELL Malaysia Berhad (SHELL Malaysia/SHELL), British Petroleum (BP sekarang Boustead Petroleum atau BH Petrol) Port Dickson - Tapis Minyak - Lahat - Yad Atur Ipoh - Tasek - Yad Atur Ipoh - Lahat - Tapis Minyak - Port Dickson); 407 Turun/408 Naik/427 Turun/428 Naik (Associated Pan-Malaysia Cement Berhad (APMC/Malayan Cement Blue Circle Group/Lafarge Malaysia Berhad Kanthan - Rawang - Brickfields - Kanthan - Rawang); 471 Turun/472 Naik/473 Turun/474 Naik/475 Turun/476 Naik (Perak-Hanjoong Simen Sendirian Berhad/PHS Padang Rengas - Batu Caves - Padang Rengas); 425 Turn/426 Naik (Kontena Perkapalan dan Muatan Campuran Terus-Menerus Brickfields - Ipoh - Prai/Butterworth - Ipoh - Brickfields), 455 Turun/456 Naik (ICT Ipoh - Pelabuhan Klang Utara - ICT Ipoh), 477 Turun/478 Naik/479 Turun/480 Naik/490 Naik/491 Turun/492 Naik/493 Turun (Petroleum Nasional Dagangan Berhad (PETRONAS Dagangan/PETRONAS) Pelabuhan Klang Utara - Seri Subang - Pelabuhan Klang Utara).
D (Terus-Menerus) = 501 Turun/502 Naik/503 Turun/504 Naik (Prai - Brickfields - Prai); 505 Turun/506 Naik (Prai - Tanjung Pagar - Prai); 507 Turun/508 Naik (Brickfields - Gemas/Pantai Timur - Brickfields); 509 Turun/510 Naik (Brickfields - Tanjung Pagar - Brickfields); 550 Naik/551 Turun/552 Naik/553 Turun/554 Naik/555 Turun (Cawangan Pantai Timur); 580 Naik/581 Turun/582 Naik/583 Turun/584 Naik/585 Turun (Prai - Padang Besar - Prai).
D (Lansiran) = 601 Turun/602 Naik (Prai - Ipoh - Prai), 605 Turun/606 Naik (Prai - Ipoh - Prai), 730 Naik/731 Turun (Prai - Padang Besar - Prai), 627 Turun/628 Naik (Brickfields - Gemas - Brickfields), 740 Naik/741 Turun (Brickfields - Batu Caves - Brickfields), 781 Turun - 790 Naik (Cawangan Pudu-Ampang); 751 Turun - 756 Naik (Cawangan Pelabuhan Klang); 703 Turun/704 Naik (Tumpat - Kuala Krai - Tumpat).
Barang Khas = Nombor-nombor siri ini akan diberi secara khusus lagi istimewa oleh pengelola-pengelola tren daerah. Tidak salah penulis, setiap daerah mesti ada nombor khususnya yang tersendiri. Tren-Tren Khas ini sepengetahuan penulis dilarikan pada waktu yang tidak tercatat dalam jadual yang sepatutnya selain ada permintaan khas lagi istimewa daripada pelanggan-pelanggan KTM.
Kejuruteraan = Nombor-nombor siri ini turut dikeluarkan oleh pengelola-pengelola tren daerah mengikut daerah yang ditetapkan.

Akan penulis sambung dengan lebih lanjut mengenai berapakah tekanan brek hampagas dan mampatan angin yang akan dikenakan kepada setiap jajaran tren yang bekerja....

Jika penulis ada salah, pembetulan serta tegur nasihat amat penulis alu-alukan.....